Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 29 September 2013

Terkini!!Lagi Bumbung Runtuh Di Terengganu?!


KUALA TERENGGANU: Satu lagi bumbung di Terengganu runtuh, kali ini di sebuah masjid di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal.

Bilal masjid, Mat Man, yang datang untuk membuka masjid pada jam 5 pagi Ahad terkejut apabila mendapati siling ruang legar masjid runtuh.

"Saya tiba di masjid, membuka pintu dan lampu, kerana orang akan datang tidak lama lagi untuk solat Subuh. Saya tidak mengesyaki apa-apa.

"Hanya bila saya masuk ke ruang legar saya nampak ada runtuhan. Saya melihat ke atas dan sedar siling dah runtuh," kata Mat, 61, yang tinggal berdekatan.

Mat berkata, siling masih bertahan malam sebelum itu dan dia mengesyaki bumbung runtuh pada awal pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Jabatan Kerja Raya ketika dihubungi berkata, ia akan menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Masjid tersebut siap dibina pada tahun 2010 dan hanya dibuka untuk digunakan dua tahun lalu.

Kejadian runtuhan itu sama dengan satu di masjid Kampung Binjai Kertas, di mana siling pintu masuk runtuh pada Mei lalu.

Pada Oktober 2009, bumbung pintu masuk sebuah masjid di Kampung Batu Putih di Kertih, Kemaman runtuh dan mencederakan tiga pekerja Indonesia.

Kejadian berlaku hanya beberapa bulan selepas bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh.-Bernama

No comments:

Post a Comment