Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 13 September 2013

Ugut Bunuh Ketua Polis Negara Serah Diri!!


Seorang lelaki yang didakwa mengancam mengupah seseorang untuk menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, individu tersebut yang dikenali sebagai N. Murugan, 33, hadir ke IPD berkenaan seorang diri pada pukul 9.30 pagi.

Semalam, satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan N.Murugan di IPD Dang Wangi pada pukul 9.30 malam setelah komennya dipaparkan dalam laman Facebook.

Mohan berkata, N.Murugan dihantar ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505 dan 506 (b) Kanun Keseksaan.-Bernama

No comments:

Post a Comment