Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 3 December 2013

Ds Hishammuddin masuk hospital!!


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dimasukkan ke sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami masalah saluran arteri yang sempit.

Setiausaha Akhbarnya Azmi Akop berkata doktor telah menjalankan prosedur angioplasti pada 3 petang ini, semuanya berjalan dengan baik dan keadaan Hishammuddin, 52, stabil.

"Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengah hari tadi, dan telah diminta untuk berehat oleh doktor yang merawatnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun kurang pasti sama ada Hishammuddin akan menyertai Persidangan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu.

"Segalanya bergantung kepada tahap kesihatan Naib Presiden Umno itu dan atas kebenaran doktor yang merawatnya," katanya. - Bernama

* Semoga Ds.Hishamuddin Cepat Sembuh..Insyallah..

8 comments:

  1. Bimbang juga. Hishamuddin nampaknya macam arwah Tun Razak, sembunyikan penyakit. Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. Kita harap Datuk Hisham dapat hadir PAU. Kehadirannya dinantikan khasnya selepas pemilihan parti baru baru ini.

    ReplyDelete
  3. Ada orang fikir mudah jadi pemimpin. Susah ooo...diri sendiri dan keluarga kadang kadang terabai.

    ReplyDelete
  4. Setakat ini belum nampak lagi Hishamuddin di PWTC. Harap semoga cepat pulih dan dapat terus bertugas.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.....peliharailah hamba mu ini dan rahmati dia serta keluarganya. Jadikan dia hamba yang sabar dengan segala dugaan Mu.......Aminnnn

    ReplyDelete
  6. Insyaallah. Selepas ini Datuk akan tampil lebih gagah dan yakin.

    ReplyDelete
  7. Saya tahu penulis ini adalah orang muda. Alangkah baiknya jika lebih ramai anak muda menghargai pemimpin.

    ReplyDelete
  8. Hishamuddin telah mengarahkan ATM segera membantu mangsa banjir di Pahang dan Terengganu. Bekerja walaupun berada dalam rawatan.

    ReplyDelete