Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 25 December 2013

Rahsia Pelajar Terbongkar : Selepas Pemeriksaan Uri Masih Tertinggal Di Dalam Rahim!!

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini sanggup membuang bayi itu di luar tandas berkenaan, di Batang Tiga, Tanjung Kling, di sini, malam tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, rahsia pelajar perempuan berusia 18 tahun terbabit yang membuang bayinya menerusi ruang antara dinding tandas dan bumbung terbongkar apabila ibu saudaranya berusia lingkungan 60-an curiga selepas hampir sejam dia berada di dalam tandas berkenaan. 

Menurut sumber, bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atas pelajar berkenaan, ibu saudaranya ke tandas untuk memeriksa keadaannya dan tekejut melihat lantai dipenuhi dengan darah. 

"Pelajar itu mendakwa mengalami pendarahan kerana buasir dan dibawa ke Hospital Melaka oleh ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan.

"Namun, rahsia pelajar berkenaan terbongkar selepas pemeriksaan mendapati dia baru saja melahirkan dan terdapat uri yang masih tertinggal di dalam rahimnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata, pelajar berkenaan ke rumah ibu saudaranya itu untuk bercuti.

Hasil pemeriksaan di luar tandas rumah berkenaan kira-kira jam 1 pagi tadi menemui mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dengan cukup sifat dan masih bertali pusat. 

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat, manakala suspek kini dirawat di wad hospital sama dan akan ditahan bagi membantu siasatan.- Bernama

2 comments:

  1. dah la buat dosa zina..... membunuh lagi. kesihan pada bayi..

    ReplyDelete
  2. Klo ya pon dah telanjor kasi lah can bayi tu idup.aduhhhh sian betol lah.

    ReplyDelete