Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday, 31 January 2014

Nahas Genting : Setuju Mewujudkan Lembaga Keselamatan Negara (LKN)

Kementerian Pengangkutan hari ini mengarahkan Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) perlu membuat penambahbaikan pemeriksaan kenderaan serta Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata, ianya merujuk kepada 51 cadangan yang diterima dari panel bebas yang ditugaskan menyiasat nahas insiden bas di Genting Highlands pada 21 Ogos lalu.

Rakyat Malaysia sedia maklum lah kawasan tersebut boleh dikelaskan sebagai kawasan yang berisiko tinggi belaku kemalangan, sikap pemandu juga mesti diambil kira. Malang tidak berbau.

"Panel mendapati kelulusan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM masih longgar malah panduan teknikalnya perlu dikemaskini.

"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut dicadang supaya mengkaji semula kaedah pemberian lesen operasi perkhidmatan kenderaan awam," katanya selepas pembentangan Laporan Nahas Genting Highlands oleh panel bebas yang dipengerusikan Tan Sri Lee Lam Thye di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Setuju dengan perkara ini, walaupun pemandu diberi tauliah akan tetapi kesedaran sivik yang kurang didalam diri pemandu Malaysia juga memainkan peranan. Tak gitu?Asik nak kejar untung jek...grr...

Tambah Hishammuddin, satu cadangan untuk mewujudkan Lembaga Keselamatan Negara telah diterima bagi memantau kejadian seperti yang terjadi di Genting Highlands.

"LKN dicadangkan di wujudkan supaya trajedi -trajedi seperti ini dapat disiasat oleh badan bebas yang betul.

"Untuk memberi cadangan dan penambahbaikan apa yang sediada, jadi cadangan itu telah dimasukan dalam laporan untuk dibawa ke kabinet." katanya.

Bagus! So kalau selepas siasat tu tolong tangkap dan hakimi mereka. Yang jadi masalah hari ini. Dapat tahu salah..Ada yang ambil kesempatan! Pada saya ini langkah yang bijak. Biar badan bebas yang siasat walaupun ada bibit-bibit yang tidak bersetuju dengan perkara ini...kompom itu pengusaha perkhidmatan bas..hik hik hik..Tapi...

Pada kejadian pada 21 Ogos lalu, sebuah bas yang membawa 53 orang terjatuh ke dalam gaung di Genting Highlands dan telah membunuh 37 penumpang dalam tragedi jalan raya paling buruk di negara ini.- rakyatnews 

Berhubung faktor jalan raya di Genting Highland menjadi punca nahas ngeri itu,i merasakan pemandu bas perlu bersikap lebih berhati-hati kerana mengetahui jalan berselekoh dan licin di situ boleh mengundang bahaya jika pemandu tidak fokus dalam pemanduan.

4 comments:

  1. Inilah nilai yang mesti pemimpin amalkan . Mengakui kelemahan dan cuba memperbaikinya.

    ReplyDelete
  2. Berani tegakkan kebenaran. Aku harap lepas ini banyak lagi badan bebas yang wujud bagi menangani banyak isu yang timbul. Oklah Menteri ni tak cuci tangan, permulaan yang baik DS Hishamuddin.

    ReplyDelete
  3. kereta api yang ada reel pon boleh terbalik....yang penting sikap kita...

    ReplyDelete
  4. Kita tak boleh menolak takdir tapi kita disuruh berusaha mengelak musibah. Aku harap apa apa JK atau Badan yang ditubuhkan untuk siasat atau bagi cadangan, berilah cadangan yang berbaloi untuk rakyat.

    ReplyDelete