Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday, 11 January 2014

Pesawat Hilang Di Hulu Selangor?!

Sebuah pesawat ringan jenis Cessna dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada di ruang udara Hulu Selangor, kira-kira 5.15 petang semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi pada 4.43 petang. 


Menurutnya, pesawat berkenaan dinaiki seorang juruterbang, pembantunya dan seorang penumpang. 

“Ketika terputus hubungan pesawat dilaporkan terbang rendah dan hilang ketika berada di ruang udara Hulu Selangor," katanya.

"Polis dan bomba sudah dimaklumkan dan operasi mengesan pesawat dijalankan di kawasan yang dilaporkan hilang bermula 9 malam tadi sebelum dihentikan pada 12 tengah malam dan akan disambung 7.30 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan pesawat milik Royal Selangor Flying Club itu sedang menjalankan latihan penerbangan di kawasan Rawang dan Batu Caves. - HM



No comments:

Post a Comment