Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang dianggarkan berjumlah RM4.5 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 7.9 juta penerima mulai pertengahan bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, bantuan itu diharap mampu membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang, selain memberi jaminan kerajaan akan terus memantau masalah berkaitan bekalan berikutan kemungkinan berlaku tindakan pemborong menaikkan harga.
Jumlah penerima tahun ini meningkat 1.1 juta orang berbanding hanya 6.8 juta penerima BR1M 2.0, tahun lalu. Melalui Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober lalu, keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan bawah RM3,000 layak menerima BR1M sebanyak RM650 serta caruman takaful i-BR1M RM50.
Mereka yang berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula layak menerima RM450, caruman takaful RM50 manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 bakal menerima RM300.
No comments:
Post a Comment