Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday 27 April 2014

Aktiviti Barrack Obama Hari Ini Di Malaysia

Perkara ini bakal tersimpan didalam lipatan sejarah Malaysia kerana dalam masa 48 tahun tidak ada seorang Presiden US menjejakan kaki di bumi Malaysia ini selain Barrack Obama Presiden US yang terkini, Ini merupakan satu penghargaan buat Malaysia.

Obama menyapa mesra Hishammuddin Hussein setibanya beliau di sini semalam

Dari kacamata kita sebuah negara yang kecil dan jauh bezanya dengan US, kita sewajarnya berfikiran positif diatas kehadiran salah seorang pemimpin dunia walaupun ada individu yang berfikiran sempit mempolitikan lawatan ini.

Dengan keadaan negara yang dilanda perang spekulasi dan pelbagai masalah Obama memilih untuk melawati Malaysia, Nyata beliau dan kerajaan US sendiri yakin akan tahap kawalan keselamatan negara kita ditahap terbaik. Dan perkara ini diterjemahkan oleh Obama secara tidak langsung.

Antara aktiviti yang bakal dilakukan oleh Obama dalam lawatan kerja beliau selama 2 hari di Malaysia.


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, Malaysia boleh mencari kekuatan daripada kepelbagaian etnik dan agama rakyatnya serta harapan yang terlakar dalam sejarah untuk mengukir masa depan yang lebih cerah bagi generasi akan datang.

Berucap pada majlis jamuan negara di Istana Negara sempena lawatan negara tiga hari beliau ke Malaysia, Obama berkata, walaupun AS dan Malaysia adalah dua negara berbeza, namun rakyatnya berkongsi harapan dan hasrat yang sama.

"Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di AS atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama - untuk hidup dengan bermaruah dan aman.

"(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita," katanya.

Inilah hasrat yang beliau percaya boleh memberi sinar lebih gemilang kepada era baharu dalam perkongsian antara AS dan Malaysia, kata Obama pada majlis itu, yang diserikan dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong , Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Pemimpin AS itu menyelit bebe­rapa perkataan Melayu dalam ucapannya, sesuatu yang disambut baik oleh hadirin seperti yang terpamer daripada tepukan bergemuruh mereka.

Ketika memulakan ucapannya, Obama mengucapkan "Selamat Petang" dan mengakhirkannya dengan ungkapan "Terima kasih banyak."

Beliau juga menggunakan perkataan bekerjasama apabila me­nyen­tuh tentang perkongsian antara AS dan Malaysia serta boleh spirit bagi merujuk kepada slogan Malaysia Boleh.

Obama mendarat dengan pesawat khas di ibu negara pada kira-kira pukul 5 petang untuk melakukan lawatan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada siri jelajah beliau ke empat negara Asia, bermula dengan Jepun dan diikuti Korea Selatan. Destinasi terakhir beliau ialah Filipina.

Kunjungan beliau ke sini adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun, sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson ke Malaysia pada 1966.
-BERNAMA

1 comment:

  1. Pengakuan tulus dari IBU IDAH DI TAWOU.
    TKI Yang kerja cumah tukan masak di sebua restoran .
    kami nak cakap terima ksih yg tidak terhingga, serta penghargaan
    & rasah kagum yg setinggi-tingginya kepada, AKI DARMO, DAN kami sudah kerja
    sebagai TKI selama 7 tahun di tawou,dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln,
    tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari,apalagi setiap bulan harus
    mengirim orang tua di BANJARMASIN, sudah lama kami mengetahui roomnya aki ini,
    juga sudah lama mendengar nama besar AKI,tapi kami termasuk orang yangg tidak
    terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi kami pikir ini pasti kerjaan orang
    yang nak nipu.
    tetapi kemarin waktu pengeluaran angka, 6D,JATU TGL,03,04,2014/ 860367. DAN, kami benar2 tidak percaya dan hampir pingsang,
    angka yg kami mintah sama AKI DAMO ternyata tembus, awalnya kami terai menelpon,
    kami bilang kami TKI Yang kerja di tawou, nak balik kampung
    terus beliau bantu bagi angkanya. mulanya kami tdk percaya,mana mungkin angka ini
    keluar, tapi dengan penuh pengharapan kami sudah teransper duit 3 juta untuk angka ritualnya sama aki, dansisah gaji satu bulan lebih ,
    ternyata berjaya….!!!
    dapat 600 jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI DARMO, KAMI
    .buat AKI,kami sekeluarga tidak akan lupa
    bantuan dan budi baik AKI.
    yang ingin merubah nasib seperti kami silahkan hub AKI DARMO di no. 0823-1014-3355
    Demikian kisah nyata dari KAMI tanpa rekayasa.
    ANGKA RITUAL/ANGKA GAIB 2D 3D 4D 5D 6D…

    [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI BOCORAN RAMALAN TOGEL <<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]

    DAN MENGHASILKAN PUTARAN…
    _PREDIKSI TOGEL SGP_ _PREDIKSI TOGEL TAYLAN_

    _PREDIKSI TOGEL HKG_

    _PREDIKSI TOGEL MALAYSIA_ JIKA ANDA INGIN CEPAT KAYA,BUTUH ANGKA JITU ATAU BELI TUYUL

    _PREDIKSI TOGEL LAOS_

    _PREDIKSI TOGEL SIDNEY_

    _PREDIKSI TOGEL KAMBOJAH_
    _PREDIKSI TOGEL TAYWAN_

    angka"GHOIB: kudalari
    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…

    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MEKNUM 4D,/STS,/88, /DA MA CAI 1+3D,/ DAN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA BERTUA ADA PADA AKI DARMO…..

    ReplyDelete