Sebelum ini, bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu terburu-buru memeluk agama Islam walaupun gaya pemakaiannya telah berubah 360 darjah seperti muslimah sejati.
Namun begitu, gadis berbangsa Cina ini nekad membuat keputusan untuk bertukar agama dan mengesahkan perkara itu kepada Harian Metro.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan," kata Felixia.
“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama."
"Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya."
"Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi," katanya lagi.
Sumber : Pelbagai / Harian Metro
Semoga felixia terus diberikan hidayah oleh-Nya.. Amiin
ReplyDeleteKalau betul ada hidayah,jgn tunggu. Kita tak tahu ajal kita. Secara luaran,nampak beliau lebih 95% bersedia dah. Orangnya pun cantik juga :)
ReplyDelete