Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 8 April 2014

Bapa Emma Maenbong Tegah Anaknya Beraksi Mesra

Pelakon Emma Maembong menolak untuk berlakon dan bergambar mesra dengan mana-mana lelaki bagi menghormati permintaan ayahnya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, bapanya meminta berbuat demikian selepas melihat adegan mesra antara dia dan pelakon Aiman Hakim dalam drama Projek Memikat Suami.


“Ya, kalau boleh saya memang tidak mahu berlakon atau bergambar berpelukan atau terlalu mesra dengan lelaki.

“Ia kerana permintaan bapa saya yang menasihatkan agar tidak tampil keterlaluan ketika berlakon atau bergambar yang boleh menjejaskan nama keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Maixara, di Menara Kuala Lumpur, di sini, Isnin.

Emma berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus mengatakan dia mula menolak untuk bergambar mesra dengan lelaki.

Bagaimanapun, Emma menafikan perkara tersebut adalah bagi menjaga hati pelawak yang dikaitkan dengannya iaitu Zizan Razak.

“Saya berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik dan kenapa perlu bergambar begitu (keterlaluan) sedangkan boleh sahaja kalau bergambar seperti biasa.

“Saya lakukan ini kerana ayah saya bukan sebab Zizan. Zizan tidak pernah menghalang atau masuk campur urusan kerja saya,” katanya.

Sementara itu, Emma berkata, dia sudah membawa Zizan bertemu dan berkenalan dengan keluarganya, malah pelawak tersebut juga merupakan lelaki pertama yang diperkenalkan sebagai kekasih kepada ayahnya.

Kata Emma, dia gembira Zizan pandai mengambil hati dan mudah mesra dengan semua ahli keluarganya.

“Alhamdulillah bapa saya senang dengan dia dan mereka boleh bercakap dalam dialek Terenganu berdua.

“Pada awalnya dia tidak mengenali Zizan dan dia agak pelik apabila orang ramai ingin ambil gambar, tetapi bila ada rakan-rakan yang beritahu barulah dia tahu tentang itu,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang sejauh mana hubungan percintaan tersebut, Emma berkata mereka masih pada fasa mengenali hati budi dan belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin.

Katanya, biarlah perkara tersebut berlaku apabila kedua-dua mereka benar-benar bersedia untuk melangkah ke arah itu. – mStar Online

No comments:

Post a Comment