Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Monday, 6 May 2013

#PRU13:Syukur BN Berjaya Bentuk Kerajaan Di Perak!!!


Syukur teramat sangat kerana apa yang diharapkan oleh kita semua rakyat perak,BN   berjaya mengekalkan kemenangan di negeri perak. Dengan kemenangan 31 daripada 59 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan,BN berjaya membentuk kerajaan di perak.

Pihak pembangkang perlu mengotakan janjinya untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata dalam sidang DUN terakhir, Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham ada menyebut pihaknya akan menghormati keputusan rakyat sekiranya BN dipilih semula untuk membentuk kerajaan dan sebaliknya jika Pakatan Rakyat (PR) pula menang.

Bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan kemenangan BN di kediaman rasmi Menteri Besar, sebentar tadi, Zambry berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerja keras jentera parti sejak empat tahun yang lalu.

Datuk seri dr zambry abd kadir berkata “BN menang di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu tetapi tewas di kawasan yang mempunyai peratusan pengundi Cina.”

Mengulas mengenai kekalahan tiga kerusi Parlimen iaitu Taiping, Lumut dan Kampar, beliau berkata, faktor undi Cina menjadi punca kepada kekalahan BN di ketiga-tiga kerusi berkenaan.

Tuesday, 30 April 2013

#PRU13:Parlimen Parit Buntar pasti dimenangi Barisan Nasional!!


BARISAN Nasional (BN) yakin bakal merampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau dan Titi Serong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

Calon BN Parlimen Parit Buntar, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, buat masa ini tahap jentera BN yang turut dibantu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) begitu hebat serta tersusun.

"Insya-Allah sokongan rakyat akan dapat disatukan serta merampas kembali kerusi P057 (Parit Buntar), N08 (Titi Serong) dan N09 (Kuala Kurau)," katanya selepas Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Bagan Serai, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di daerah Kerian.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kepimpinan parti di atas kepercayaan kepada orang muda untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

"Dengan adanya semangat baru ini dan kombinasi kerjasama dengan orang lama yang berpengalaman di DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta orang baru di Parlimen, Insya-Allah sokongan setiap golongan masyarakat akan bertambah.

"Kita tengok makluman balas daripada orang muda pun cukup baik dan mereka akan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka (golongan muda) merasakan ini salah satu platform bagi orang muda untuk menyuarakan pandangan dan perkhidmatan kepada masyarakat serta rakyat di Parit Buntar.

"Insya-Allah jika dilihat peluang kita amat baik. Kedua-dua calon DUN Kuala Kurau iaitu Cikgu (Mohd) Salleh (Mat Disa) dan DUN Titi Serong, Abu Bakar (Mat Ali) adalah mereka yang sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat.

"Kedua-dua mereka walaupun tidak terpilih pada pilihan raya umum yang lalu, namun mereka tetap bekerja atas semangat BN," katanya.

Sunday, 28 April 2013

Lawatan PCT ke PDM Kg Pengkalan Pegoh!!


PCT membuat lawatan ke kawasan N43 DUN Sg Rapat di PDM Kg Pengkalan Pegoh. Tengahari menjamu selera bersama calon Datuk Hamidah Osman.


Dalam sesi temuramah Datuk Hamidah ada juga menerangkan tentang kejadian pertengkaran dengan Lee Boon Chye dan beberapa insiden lain. Beliau menegaskan pembangkang banyak menimbulkan keadaan tegang dan memulakan provokasi supaya berlaku pergaduhan.

Monday, 18 March 2013

Calon PRU13: Najib Temu Ketua Komponen BN Selasa Ini

Satu lagi siri pertemuan membabitkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan parti komponen dijangka diadakan Selasa ini.

Menurut pemimpin tertinggi sebuah parti komponen BN, pertemuan kedua ini bagi memuktamadkan beberapa perkara berbangkit, antaranya pertindihan kerusi ekoran permintaan parti masing-masing untuk meletakkan calon mereka di kawasan-kawasan tertentu.


Pertemuan Selasa ini menyusul perbincangan yang berlangsung Khamis lalu di Putrajaya kira-kira enam jam.

"Yang saya tahu Kelantan, Terengganu dan Perlis sudah selesai," katanya merujuk kepada hasil pertemuan yang pertama tempoh hari.

"Di Selangor kita yakin kita boleh menang, sekarang ini ada sedikit pelarasan kerusi untuk Selangor," tambah beliau.

Pemimpin berkenaan yang enggan namanya didedahkan turut memberitahu beberapa isu berhubung pembahagian kerusi di Sabah dan Sarawak juga akan terus dibincangkan dalam pertemuan akan datang ini.

"Di Sabah Sarawak ini jadi isu sebab ada parti-parti yang sudah pecah jadi parti baru. Masih ada YB yang belum ada parti dan beberapa isu lain," katanya. 

Menurut beliau, hasil daripada pertemuan sebelum ini menunjukkan beberapa parti komponen akan mengalami pertambahan kerusi dan ada juga yang berkurang jumlahnya.

"Ini akan disambung dan diputuskan dalam mesyuarat akan datang ini," katanya sambil menambah, perbincangan yang diadakan ini bersifat menyeluruh dari segi pembahagian kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).