Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday, 18 March 2013

Calon PRU13: Najib Temu Ketua Komponen BN Selasa Ini

Satu lagi siri pertemuan membabitkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan parti komponen dijangka diadakan Selasa ini.

Menurut pemimpin tertinggi sebuah parti komponen BN, pertemuan kedua ini bagi memuktamadkan beberapa perkara berbangkit, antaranya pertindihan kerusi ekoran permintaan parti masing-masing untuk meletakkan calon mereka di kawasan-kawasan tertentu.


Pertemuan Selasa ini menyusul perbincangan yang berlangsung Khamis lalu di Putrajaya kira-kira enam jam.

"Yang saya tahu Kelantan, Terengganu dan Perlis sudah selesai," katanya merujuk kepada hasil pertemuan yang pertama tempoh hari.

"Di Selangor kita yakin kita boleh menang, sekarang ini ada sedikit pelarasan kerusi untuk Selangor," tambah beliau.

Pemimpin berkenaan yang enggan namanya didedahkan turut memberitahu beberapa isu berhubung pembahagian kerusi di Sabah dan Sarawak juga akan terus dibincangkan dalam pertemuan akan datang ini.

"Di Sabah Sarawak ini jadi isu sebab ada parti-parti yang sudah pecah jadi parti baru. Masih ada YB yang belum ada parti dan beberapa isu lain," katanya. 

Menurut beliau, hasil daripada pertemuan sebelum ini menunjukkan beberapa parti komponen akan mengalami pertambahan kerusi dan ada juga yang berkurang jumlahnya.

"Ini akan disambung dan diputuskan dalam mesyuarat akan datang ini," katanya sambil menambah, perbincangan yang diadakan ini bersifat menyeluruh dari segi pembahagian kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

No comments:

Post a Comment