Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Showing posts with label Dr Zambry Abd Kadir. Show all posts
Showing posts with label Dr Zambry Abd Kadir. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

Datuk Seri Dr Zambry Selesai Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Kali Kedua!!!


Datuk Seri Zambry Abd Kadir selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah dekat sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.Zambry mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Ini bermakna Zambry secara rasmi menjadi Menteri Besar Perak bagi penggal kedua setelah beliau dilantik menerajui pentadbiran negeri ini buat kali pertama pada 2009.

Pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dibuat selepas Barisan Nasional (BN) diberi mandat sekali lagi oleh rakyat untuk menerajui negeri ini.

Monday, 6 May 2013

Datuk Seri Dr Zambry Dijangka Angkat Sumpah Jawatan Esok!!!


Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta, dekat Ipoh hari ini untuk mempersembahkan keputusan BN yang memperoleh 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri.

BN Perak memperoleh 31 kerusi DUN berbanding 28 kerusi untuk Pakatan Rakyat (PR), pertambahan tiga kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Beliau dijangka mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bagi penggal Ke-13 di hadapan Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, dekat Kuala Kangsar, esok.

#PRU13:Syukur BN Berjaya Bentuk Kerajaan Di Perak!!!


Syukur teramat sangat kerana apa yang diharapkan oleh kita semua rakyat perak,BN   berjaya mengekalkan kemenangan di negeri perak. Dengan kemenangan 31 daripada 59 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dipertandingkan,BN berjaya membentuk kerajaan di perak.

Pihak pembangkang perlu mengotakan janjinya untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata dalam sidang DUN terakhir, Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham ada menyebut pihaknya akan menghormati keputusan rakyat sekiranya BN dipilih semula untuk membentuk kerajaan dan sebaliknya jika Pakatan Rakyat (PR) pula menang.

Bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan kemenangan BN di kediaman rasmi Menteri Besar, sebentar tadi, Zambry berkata, kejayaan itu dicapai hasil kerja keras jentera parti sejak empat tahun yang lalu.

Datuk seri dr zambry abd kadir berkata “BN menang di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu tetapi tewas di kawasan yang mempunyai peratusan pengundi Cina.”

Mengulas mengenai kekalahan tiga kerusi Parlimen iaitu Taiping, Lumut dan Kampar, beliau berkata, faktor undi Cina menjadi punca kepada kekalahan BN di ketiga-tiga kerusi berkenaan.

Sunday, 28 April 2013

#PRU13:Pembangkang Makin Terdesak-Dr Zambry Abd Kadir


Akibat ketandusan isu, pembangkang dilihat semakin terdesak apabila terpaksa memutarbelit kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai bahan kempen untuk menyerang Barisan Nasional (BN).

Hakikat itu terbukti apabila jentera pembangkang memasang banyak kain rentang dan papan tanda tertera kenyataan Musa yang kononnya menyokong manifesto pilihan raya pakatan pembangkang walaupun perkara itu sudah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, papan tanda dan kain rentang tersebut dipasang dan didirikan di banyak kawasan strategik termasuk sekitar Parit, Tanjung Malim, Lumut, Bagan Serai, Parit Buntar Beruas, dan Gerik.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pembangkang sudah bankrap idea untuk memenangi hati rakyat sehingga terpaksa melakukan pembohongan dan manipulasi sepanjang kempen mereka.

"Memang mereka (pembangkang) sekarang sudah tidak ada idea baru untuk berkempen. Jadi cara terbaik yang mereka boleh lakukan ialah dengan membuat manipulasi.

"Sebab itu mereka sanggup menggunakan petikan dan ucapan yang diambil sebahagian sahaja dan diedit seolah-olah ia ucapan dan petikan sebenar. Sedangkan dalam konteks sebenar ucapan itu tidak bermaksud begitu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Rakyat di Dewan Ghazali Jawi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tektik Kotor Digunakan Oleh Pembangkang Semasa Berkempen??


Cara kotor pembangkang berkempen semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru menggunakan taktik mengeluarkan risalah palsu melibatkan calon BN bagi DUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim dan DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


Pendedahan ini dibuat Dr Zambry sendiri setelah beliau menjumpai risalah tersebut diedarkan di Pangkor ketika tiba untuk membuat kunjungan ke seluruh bilik gerakan BN di Pangkor pagi tadi.

Menurutnya risalah palsu itu mengandungi kenyataan Rasidi yang lebih dikenali dengan Cikgu Shidi dan beliau sendiri yang bersifat provokatif.

"Dalam risalah itu cikgu Shidi dikatakan hanya mahu undi daripada pemuda UMNO sahaja untuk menang dan tidak memerlukan undi daripada ahli komponen parti.

"Saya pula dikatakan menyeru pengundi Melayu untuk keluar mengundi manakala tidak akan mengharap undi daripada komponen parti kerana tahun 2008 calon UMNO menang kerana undi Melayu dan tanpa bantuan parti komponen.

"Kenyataan paslu ini sangat provokatif. Ianya bersifat jahat dan sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas program tinjauan mesar di DUN Pangkor bersama Datuk Kong Cho Ha yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut.
 
Dalam nada sinis, beliau menasihati pembangkang supaya menggunakan pendekatan yang lain untuk mendapat sokongan semasa tempoh berkempen ini kerana mengeluarkan risalah palsu itu lansung tidak profesional.

Beliau yang menerima risalah itu sebaik sahaja tiba di Pulau Pangkor berasa terkejut degan beberapa isi kandungan risalah itu yang menyebut kononya Rashidi

Selanjutnya Klik Disini