Akibat ketandusan isu, pembangkang dilihat semakin terdesak apabila terpaksa memutarbelit kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai bahan kempen untuk menyerang Barisan Nasional (BN).
Hakikat itu terbukti apabila jentera pembangkang memasang banyak kain rentang dan papan tanda tertera kenyataan Musa yang kononnya menyokong manifesto pilihan raya pakatan pembangkang walaupun perkara itu sudah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemimpin berkenaan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, papan tanda dan kain rentang tersebut dipasang dan didirikan di banyak kawasan strategik termasuk sekitar Parit, Tanjung Malim, Lumut, Bagan Serai, Parit Buntar Beruas, dan Gerik.
Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pembangkang sudah bankrap idea untuk memenangi hati rakyat sehingga terpaksa melakukan pembohongan dan manipulasi sepanjang kempen mereka.
"Memang mereka (pembangkang) sekarang sudah tidak ada idea baru untuk berkempen. Jadi cara terbaik yang mereka boleh lakukan ialah dengan membuat manipulasi.
"Sebab itu mereka sanggup menggunakan petikan dan ucapan yang diambil sebahagian sahaja dan diedit seolah-olah ia ucapan dan petikan sebenar. Sedangkan dalam konteks sebenar ucapan itu tidak bermaksud begitu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Rakyat di Dewan Ghazali Jawi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment