Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 25 February 2013

Nur Fazura Elak Babak Ranjang


 Boleh dihitung berapa banyak drama atau filem yang dilakonkan perangkul Anugerah Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17, Nur Fazura Sharifuddin, 29 sejak terjun ke dalam industri lakonan tempatan.

Tahun ini, bakat lakonannya di layar perak hanya kelihatan menerusi filem Bujang Terlajak dan lebih dari itu aktres berkenaan sibuk menguruskan perniagaan fesyen miliknya sendiri House of Doll yang beroperasi di Bangsar sejak Mei lalu.

Mengakui dirinya kurang hadir dengan produk lakonan filem mahupun drama sepanjang tahun ini, Fazura berkata dia bukan bersifat memilih tetapi lebih berhati-hati dalam memilih watak yang sesuai dengan dirinya.

"Memang saya selalu mendapat tawaran berlakon. Tak kiralah drama ataupun filem tetapi saya tidak mahu mengambil semua tawaran dengan begitu mudah.

"Saya bukan jenis yang akan buat semua benda. Bagi saya, biarlah tawaran yang saya terima itu berkualiti kerana saya mementingkan kualiti daripada kuantiti," katanya apabila ditanya pihak media berkenaan perkembangan terbarunya.

Jelas Fazura, selain sibuk menguruskan perniagaan fesyen miliknya, dia bakal sibuk dengan penggambaran filem dan drama pada awal tahun depan.

Katanya, lakonannya di dalam filem Pisau Cukur pada 2009 merupakan contoh terbaik dan diingati oleh ramai pihak sehingga hari ini.

"Itulah kualiti yang saya inginkan," katanya menyentuh filem Pisau Cukur.

"Saya bukan memilih, tapi saya sendiri sukakan watak seperti dalam filem itu. Asalkan saya tidak disuruh untuk berlakon dia atas katil, berpelukan, berbaring , itu sudah cukup memuaskan hati saya.

"Bagi saya, pelakon yang merelakan diri memegang watak di atas katil berpelukan itu adalah pilihan mereka sendiri kerana ianya terpulang bagaimana untuk mereka membawa hala tuju atau mengatur kerjaya masing-masing di dalam industri ini," katanya.

Menjadikan Eja dan Erra Fazira sebagai contoh terdekat yang sangat jelas bersama hala tuju mereka sebagai pelakon, Fazura berkata setiap pelakon termasuk dirinya punyai misi dan visi tersendiri.

Malah dia juga sedar terdapat ramai pelakon baru masa kini yang sanggup berbuat apa saja seperti memegang watak diranjang atau berpelukan demi untuk meraih populariti dalam masa yang singkat.

"Seperti yang saya katakan tadi, ianya terpulang kepada hak individu itu sendiri. Kerana semua itu akan diingati ramai pihak dan menjadi reputasi mereka sampai bila-bila.

"Tapi saya bangga dengan pendatang baru seperti Izara Aishah. Dia bukan saja cantik dan berbakat besar, malahan juga bijak mengatur perjalanan kerjayanya dalam bidang seni.

"Biarpun ada kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini, tetapi semua itu dapat ditutupi dengan keberkesanan lakonannya. Maksudnya orang lebih berminat dengan lakonannya daripada isu kontroversi," kata Fazura panjang lebar.Sumber-

No comments:

Post a Comment