Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 25 February 2013

Urutan Penjual Karipap



Seorang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.

Tindakan suami mangsa itu bertujuan mengelak kejadian sama berulang selepas isterinya yang mengandung lapan bulan dicabul lelaki berkenaan.

Wanita yang berusia 20-an itu berkata, kejadian berlaku jam 3.20 petang Jumaat lalu, ketika dia menjaga kedai kopinya di bandar ini apabila didatangi seorang lelaki berusia 30-an, menjual karipap.


“Ketika itu tiada pelanggan dan saya ditemani adik perempuan,yang membantu menguruskan akaun serta menjaga saya yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung.


“Penjual karipap itu mendakwa aktiviti sampingannya untuk menambah pendapatan ialah mengurut wanita hamil dan mendakwa anak yang bakal dilahirkan lebih bijak.

"Saya bersetuju dan apabila bertanyakan upah perkhidmatannya, dia menyatakan bergantung kepada tindak balas pelanggan serta tahap kerjasama," katanya yang tidak mengesyaki apa-apa lalu lelaki berkenaan mula mengurut tangan sebelum badan.

Katanya, dia mula pelik apabila lelaki itu memasukkan tangannya ke dalam baju dan tangannya terus ke pusat lalu merabanya alat sulitnya.

"Saya terkejut dengan perbuatannya itu dan menepis tangannya menyebabkan lelaki itu tergamam. Pada masa yang sama, suami pulang menyebabkan lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta.

"Saya menceritakan kejadian itu kepada suami dan 20 minit kemudian suami menemuinya di bandar ini lalu merakam gambarnya," katanya.

Menurutnya, suaminya menyiarkan gambar itu di Facebook dengan kenyataan 'lelaki miang suka mencabul isteri orang' dalam bahasa Mandarin.

Katanya, suaminya berbuat demikian bagi mengelak orang lain menjadi mangsa, dan mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada malam kejadian.Sumber-

No comments:

Post a Comment