Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday, 11 June 2013

Air Asia Enggan Bertanggungjawab Atas Kecuaian Pertugasnya!!!

N. Raja Raman (kiri) dan S. Thivaraj menunjukkan laporan polis dan resit tempahan yang salah didakwa akibat kecuaian petugas AirAsia di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 10 Jun - Dua sahabat bukan sahaja tidak dapat bertemu dengan rakan mereka dari Filipina, malah kecewa selepas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia didakwa enggan bertanggungjawab atas kecuaian petugasnya yang didakwa tersilap membuat tempahan tiket penerbangan.

N. Raja Raman, 22, berkata, dia bersama rakannya, S. Thivaraj, 35, menempah tiket penerbangan untuk seorang rakan dari Cebu, Filipina ke Kuala Lumpur pada 20 Mei lalu di cawangan pusat perkhidmatan AirAsia di Taman Nusa Bestari, Nusajaya dekat sini.

Menurut Raja Raman, rakannya dari Filipina yang ingin bercuti di negara ini sepatutnya menaiki penerbangan syarikat berkenaan Jumaat lalu, namun dimaklumkan tiada tempahan dibuat atas namanya.

"Saya membuat aduan di pejabat syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan kepastian dan terkejut selepas dimaklumkan petugas AirAsia tersilap menempah tiket penerbangan dari Sibu, Sarawak ke Kuala Lumpur," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Raja Raman yang kesal dengan kesilapan petugas itu meminta tiket penerbangan digantikan pada hari sama namun ditolak syarikat berkenaan.

Sebaliknya, kata Raja Raman, dia diminta membeli tiket baharu dengan tawaran separuh harga.

"Saya kecewa dan kesal kerana kesilapan itu jelas berpunca daripada kecuaian kakitangan AirAsia sendiri, jadi kenapa saya yang harus menanggungnya.

"Mereka bukan sahaja tidak meminta maaf, sebaliknya cuba mempertahan kesilapan yang dilakukan petugas mereka. Saya berharap AirAsia bertanggungjawab dalam hal ini kerana tidak mahu perkara sama berlaku kepada orang lain," katanya.

Dia yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Nusajaya Sabtu lalu dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri serta Tribunal Tuntutan Pengguna.- Utusan Online

No comments:

Post a Comment