Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday, 4 June 2013

Cuba Suap Keluarga Mangsa Rogol!!

RIDUAN (kiri) bersama peguamnya Loretto meninggalkan Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Seorang pengurus restoran yang sebelum ini berhadapan tuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini semalam atas tiga pertuduhan memberi rasuah kepada keluarga mangsa.

Rasuah berkenaan didakwa bertujuan sebagai ganjaran bagi melepaskan tertuduh, Riduan Masmud daripada kesalahan merogol setelah laporan polis dibuat ke atasnya oleh keluarga mangsa.

Riduan, 40, yang kini beristeri dua, termasuk mangsa kes rogol itu serta mempunyai empat orang anak bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Di hadapan Hakim Caroline Bee Majamil, Riduan didakwa memberi suapan masing-masing RM5,000 dan RM2,000 kepada bapa mangsa sebagai dorongan supaya kanak-kanak itu menarik balik laporan polis bahawa tertuduh telah merogolnya.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 18 April lalu di luar pondok pengawal, Institut Sinaran, Jalan Tuaran Bypass di sini antara pukul 9 malam hingga 10 malam.

Tertuduh juga didakwa memberi suapan RM3,000 antara pukul 11 malam hingga 12 tengah malam pada tarikh tersebut di Kantin Naga Emas, Jalan Tuaran Lama atas tujuan sama.

Bagi semua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.- Kosmo

No comments:

Post a Comment