Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday, 7 June 2013

Petualang Bermaharajalela di Dalam UMNO!!!


Ayuh Sang Serigala... Jadilah Manusia...

Lagu anak kecil main api terus berkumandang semenjak peristiwa 13 mei 1969. Lagu ini terus menjadi lagu hit setiap kali pilihanraya menjelma. Perbagai jabatan dan penganjur program politik kerap mempamirkan lagu ini apabila mengadakan program bagi membina semangat jati diri bangsa melayu.

Peserta peserta pastinya akan dihenyak dari segi mental untuk menjadikan seolah olah tanggungjawab mempertahankan nasib bangsa adalah terletak dibahu mereka sahaja dan bukannya kepada serigala serigala yang mempunyai segala galanya.

Modul modul yang diserapkan didalam program itu semata mata mahu menjadikan peserta menjadi taksub kepada parti dan bukan kepada bangsa melayu yang beragama islam. Amat mendukacitakan kerana ketaksuban yang melampau ini dipergunakan oleh pihak pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa demi mengaut kekayaan.

Setiap kali peserta pulang dari program seolah olah terdapat satu kuasa yang membangkitkan semangat untuk mempertahankan nasib bangsa. Malangnya peserta peserta hanya mempunyai pengaruh dan kuasa yang teramat terhad. Semangat semata mata tidak mencukupi. 

Didalam keadaan serba kekurangan dan ditambah pula dengan kekangan dari para serigala yang masing masing berlumba lumba melahirkan jentera pelobi masing masing didalam pilihanraya dan pemilihan agung umno akan datang

Kita dapat lihat pejuang maya yang benar benar ikhlas dicicirkan. Pelobi pelobi upahan ini menjadi alat para serigala untuk menjatuhkan bakal bakal calon yang bukan dari kumpulan mereka dan sepatutnya wang ringgit itu digunakan untuk mempopularkan parti dengan cara menjaga kebajikan rakyat.

Pejuang pejuang maya yang ikhlas ini merasa tertekan dan hairan, kenapa kuasa yang ada selama ini tidak mampu untuk mengubah nasib bangsa? 

Kenapa kuasa yang ada selama ini tidak digunakan untuk membantu nasib bangsa yang tertindas, sebagaimana yang dinyanyikan dalam lagu anak kecil main api?

Kenapa kuasa yang sediada ini tidak digunakan bagi memastikan pribumi tidak merintih sendiri, sebagaimana senikata yang terdapat dalam lagu anak kecil main api?

Kenapa kuasa yang sedang digenggam kini tidak digunakan seluas luasnya bagi memastikan bumi yang dipijak ini tidak menjadi milik orang sebagaimana yang dinyanyikan dalam lagu anak kecil main api?

Seterusnya Klik Disini

No comments:

Post a Comment