Menukar logo korporat semata-mata tidak akan memberi sebarang makna kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu-Bumiputera yang telah menyokong kerajaan sedia ada.
Pilihanraya umum baru-baru ini sebenarnya adalah penentu kepada hidup dan mati PETRONAS, walaupun sebahagian besar warga PETRONAS terutama yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat menganggap ianya tidak mungkin akan berlaku.
Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim khususnya mahu pindahkan sebarang kos manifesto dan janji pilihanraya PETRONAS. Mereka mahu PETRONAS menjadi tabung gajah yang akan dipecahkan untuk mengeluarkan segala wang yang ada dalam akaun syarikat bagi membiayai semua dasar kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan pada PRU lalu.
Sekiranya berlaku, PETRONAS akhirnya akan dijual kepada syarikat asing sebagaimana rancangan Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dengan bantuan George Soros serta manipulator pasaran andil.
Penerbitan pelbagai jenis bon pinjaman sukuk tidak akan membantu PETRONAS lagi terutama apabila struktur PETRONAS berjaya dihancurkan dari dalam. PETRONAS akhirnya akan menjadi satu lagi syarikat petroleum yang gagal meneruskan persaingan semata-mata.
Selanjutnya Klik Disini
No comments:
Post a Comment