Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday, 17 February 2013

Anak jerit Dunia Nak Kiamat

Anak jerit dunia nak kiamat



“Anak saya hanya sempat jerit memberitahu bahawa dunia dah nak kiamat. Manakala saya hanya sempat melaungkan ‘Allahuakbar’ sebaik menyedari berlaku bencana ketika kami sekeluarga bersedia dengan hidangan makan tengah hari untuk dijamah.”

Demikian luahan mangsa ribut dekat Taman Sri Wang, Sungai Petani, Johari Awang, 42, yang ketika itu berada bersama isteri dan tiga anak di rumah mereka dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari Jumaat lalu.

Menurutnya, itu kejadian pertama menimpa penduduk di perumahan terbabit yang terkejut dengan petanda bunyi cukup kuat seperti kepingan bumbung ditarik, dan dihempas berulang kali sebelum menyedari ribut berlaku.

No comments:

Post a Comment