KUANTAN: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga cedera di tangan dan kaki di Bukit Setongkol di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa kepada bayi lelaki itu pada jam 9.13 pagi tadi sebelum bertindak menahan suspek yang berusia 24 tahun.
Katanya, menurut peniaga terbabit, dalam kejadian jam 7.45 pagi tadi dia terkejut apabila melihat aksi pembantu rumahnya itu bertindak melambung bayinya di ruang tamu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di dalam komputer ribanya semasa minum pagi di sebuah restoran di sini.
"Bapa bayi malang itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan.