Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday, 14 February 2013

Rashid Diserang H1N1



KUALA LUMPUR - Meskipun keadaan Abdul Rashid Sidek yang dijangkiti viral pneumonia dilaporkan stabil, namun Hospital KPJ Kajang masih belum boleh menentukan bila ketua jurulatih perseorangan negara itu dibenarkan pulang.

Kelmarin, Rashid membayangkan akan mula bertugas pada hari pertama pemain melapor diri selepas cuti Tahun Baharu Cina, namun tempatnya berkemungkinan akan digantikan oleh jurulatih lain bagi menguruskan pemain termasuk pemain Superliga Indonesia yang hanya pulang pada Ahad.

Menurut sumber, keputusan hanya akan dibuat selepas ruam dan gatal-gatal di badan bekas pemain badminton nombor satu dunia itu hilang.

“Ruam dibadannya mula dikesan pada hari kedua beliau dimasukkan ke wad. Bibirnya membengkak dan mengalami gatal-gatal.

“Sehingga hari ini (semalam), Rashid berada dalam keadaan baik terutama selepas diberikan antibiotik meskipun masih lagi mengalami gatal-gatal,” katanya semalam.

Usaha mendapatkan laporan perubatan dari doktor yang bertugas bagaimanapun gagal, apabila pihak hospital enggan mengulas lanjut.

Sabtu lalu Rashid ditahan di hospital selepas batuk yang dialaminya sejak Disember bertambah teruk serta kerap biarpun sudah beberapa kali mengambil antibiotik di klinik.

Sebelum ini, pada tahun 2010, Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun, pernah dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Influenza A (H1N1).
Abdul Rashid merupakan bekas pemain badminton perseorangan negara bertaraf dunia sewaktu era 1990-an.

Beliau merupakan anak bongsu dalam kalangan lima adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton kebangsaan.-Sinar

No comments:

Post a Comment