Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 16 February 2013

Ditemui Diparkir Bayi Berjaya Diselamatkan


SEREMBAN - Seorang bayi perempuan ditemui oleh sepasang suami isteri di kawasan letak kereta berhampiran Taman AST di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata bayi yang dianggar berusia tiga bulan seberat empat kilogram itu ditemui pasangan berkenaan pada kira-kira 7.35 malam.

"Bayi itu dipercayai ditinggalkan ibunya sebelum ditemui pasangan terbabit yang pergi ke kereta mereka yang diparkir di situ. Bayi itu diletakkan di parkir kawasan itu bersama peralatan yang lain seperti susu, tuala dan baju," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk pemeriksaan.

Katanya, siasatan akan diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi itu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri Datuk Zainab Nasir turut melawat bayi itu di HTJ hari ini.

No comments:

Post a Comment