Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 27 February 2013

Balak Bawa Bala.

“Saya terdengar dentuman kuat seperti tong gas meletup sebelum bangkit daripada tidur dan mendapati beberapa batang kayu balak menghentam tangga rumah,” kata Mohd Zain Yaacob, 40, menceritakan detik cemas rumahnya bergegar selepas beberapa batang kayu balak bergolek dari sebuah treler yang terbabas berhampiran kediamannya di Kampung Kubang Rambutan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, treler dipercayai dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke kilang kayu di Lubok Jong, Pasir Mas itu terbalik selepas gagal dikawal ketika membelok ke kanan untuk ke Jalan Parit Air, di sini.

Selain menghentam tangga, kayu balak berkenaan turut menghempap sebuah lori milik jiran Mohd Zain, Wan Mohd Zahari Wan Mohd Noor, 40, sehingga rosak teruk.

Mohd Zain berkata, selepas melihat kayu balak menghentam tangga rumah, dia mengejutkan isteri dan empat anaknya yang tidur dan membawa mereka keluar rumah kerana bimbang kediaman itu roboh.



Kayu balak yang menimpa tangga rumah Mohd Zain.


Katanya, selepas beberapa minit, dia lega kerana tiada perkara buruk berlaku.Sumber-

No comments:

Post a Comment