Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Tuesday 24 September 2013

Alex Miller Idam Teraju Harimau Malaya!!

Kuala Lumpur: Jika sebelum ini ia hanya spekulasi, kini bekas jurulatih kelab Inggeris Liverpool Alex Miller tampil menyatakan secara terbuka hasratnya untuk membimbing skuad Harimau Malaya.

Beliau percaya pengalaman luas dimiliki bakal membantunya melonjakkan skuad Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi jika beliau diberi kepercayaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengisi tempat Datuk K Rajagobal.

Sepanjang berada di Anfield pada 2005 hingga 2008, Miller bekerjasama dengan dua pengurus ternama iaitu Gerard Houllier dan Rafa Benitez dan pengalamannya di benua Asia sebagai pemain dan jurulatih juga turut memberi kelebihan untuk mudah memahami pemain negara ini.

“Memang saya lebih banyak bekerja di Eropah tapi benua Asia bukan asing kepada saya kerana pernah beraksi dalam tempoh singkat di Hong Kong selain menjadi jurulatih Liga Jepun. Saya memahami budaya Timur dan faktor ini paling penting kepada kebanyakan pemain Asia,” katanya yang kini dikaitkan antara calon popular untuk mengisi kerusi panas skuad kebangsaan itu.

FAM mula menerima banyak permohonan daripada jurulatih luar negara dan tempatan selepas Jawatankuasa Teknikal badan induk itu mengumumkan bersedia membuka pintu kepada mana-mana jurulatih berminat untuk mengendalikan skuad kebangsaan.-myMetro

No comments:

Post a Comment