Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday, 22 September 2013

Sindiket Seludup Tenggiling Dan Kulit Ular Tumpas!!!

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan satu cubaan menyeludup masuk 300 kilogram kulit ular sawa dan 70 ekor tenggiling tanpa permit dari Indonesia ke sempadan perairan tanah air dengan nilaian mencecah RM412,000; kira-kira 38 batu nautika dari barat Pulau Pangkor malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam, empat awak-awak dari Belawan, Indonesia yang tidak memiliki sebarang dokumen dan berusia dalam lingkungan 27 ke 44 tahun itu ditahan selepas bot mereka dipintas oleh Kapal Maritim (KM) Nyalau kerana berada dalam keadaan men curigakan.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah 3 Lumut, Kepten Maritim Abdul Razak Johan dalam sidang akhbar hari ini berkata, kejayaan itu diraih hasil maklumat risikan yang dikongsi bersama APMM Perak dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri dalam memantau aktiviti penyeludupan haiwan eksotik. - KOSMO!


No comments:

Post a Comment