Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 25 September 2013

Anggota Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Terpaksa ‘Bergomol’!!

Kuala Lumpur: Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL) terpaksa ‘bergomol’ dengan empat tukang urut wanita warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut menawarkan khidmat seks.

“Dua anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti pelanggan lain.

“Selepas diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah serbuan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan Op 6P jam 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penjaga pusat urut refleksologi itu bagi membantu siasatan.


“Selain itu, dalam operasi sama, kami turut menyerbu tiga lagi premis yang menjalankan aktiviti urut refleksologi di Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail.

“Seramai 22 warga asing termasuk pelanggan diperiksa dan hasilnya kami menahan lima lagi wanita warga China kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan pula akan didakwa mengikut Seksyen 55B akta sama kerana kesalahan mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki sesuatu pas yang sah. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

“Semua warga asing berusia 20 hingga 48 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, JIWPKL, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.myMetro

No comments:

Post a Comment