Gopeng, satu nama gah yang dikenali oleh setiap bahagian didalam umno seluruh negara. Gopeng adalah diantara bahagian yang benar benar mengamalkan semangat demokrasi secara tulen.
Gopeng juga pernah melahirkan seorang pemimpin hebat yang bernama Tan Sri Aziz Shamsudin yang pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha sulit kepada kepada Tun Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dulu dan pernah menjadi Menteri Kabinet dizaman Tun Abdullah Badawi.

Kali ini Gopeng berjaya melahirkan pula seorang pemimpin muda yang bakal mengharumkan nama Bahagian Gopeng. Bersama dengan barisan pemudanya yang dilihat begitu komited dalam berkhidmat kepada parti, kali ini mereka kembali ke persada pertandingan dalam cubaan kali kedua untuk menawarkan khidmat yang lebih baik setelah pimpinan pemuda yang lalu menjadi begitu suram dalam tempoh 5 tahun yang lepas kerana dilanda dengan perbagai masalah.
Dengan slogan "DDST Tawarkan Yang Terbaik Buat Gopeng" pastinya tidak akan disia siakan oleh para perwakilan kali ini dalam merebut peluang untuk menyambut dengan tangan yang terbuka setelah dikecewakan oleh pimpinan pemuda yang lepas. Pemuda Gopeng sebenarnya begitu dahagakan seorang pemimpin yang benar benar komited dan mampu untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam menghadapi PRU ke 14 nanti.
Nama nama seperti Mohd Adli Mohd Tahirudin dan Shamudin Tajudin serta barisan mereka kini menjadi sebutan dalam menggerakkan pemuda untuk mengembalikan maruah Umno dalam Pru akan datang.-
Selamat Maju jaya saya ucapkan kepada mereka....
*Dari Blog Budak Benteng
No comments:
Post a Comment