Tembelang lima individu termasuk seorang wanita menjadikan dua buah rumah sebagai stor menyimpan pelbagai jenis dadah terbongkar apabila kesemuanya diberkas bersama pelbagai jenis bahan khayal tersebut yang bernilai RM50 juta di Cheras dan Kajang semalam.
Dadah jenis syabu, heroin dan pil ekstasi yang kesemuanya seberat 277.28 kilogram tersebut dirampas selepas polis menyerbu dua buah rumah di Taman Gemilang, Cheras dan Bandar Sungai Long, Kajang bermula pada pukul 8.45 malam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek yang merupakan anggota sindiket dadah antarabangsa tersebut berusia antara 26 hingga 57 tahun.
Katanya, kesemua dadah tersebut diseludup dari Myanmar ke Malaysia sebelum dihantar ke Australia dan beberapa negara jiran.
[Sumber]
[Sumber]
No comments:
Post a Comment