Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 18 September 2013

Kerajaan Ambilalih Sepenuhnya Operasi AES!!

Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU berkaitan pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) sebentar tadi memutuskan operasi AES akan diambilalih sepenuhnya kerajaan melalui syarikat milik penuh kerajaan yang diperbadankan iaitu AES Solutions Sdn Bhd. 

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata AES Solution akan mengambil alih operasi sistem AES daripada ATES dan Beta Tegap Sdn Bhd kerana ia adalah langkah terbaik memastikan kesinambungan pelaksanaan AES. 

Hishamuddin turut memutuskan kadar baru minimum kompaun AES ditetapkan sebanyak RM150 selaras dengan kadar ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta merta. 

Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, sebentar tadi.-bh

No comments:

Post a Comment