Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday, 15 September 2013

Jakarta Diramal Tenggelam 2030?

Apa sudah jadi ni? Adakah ini petanda dunia akan menghampiri kiamat? Ada sumber dan kajian telah dilakukan mengatakan yang Bandaraya Jakarta akan tenggelam pada tahun 2030.

Sumber ini diperolehi dari Pengarah Eksekutif Friends of the Earth Indonesia (WALHI) Ubaidillah. Sudah pasti ia menunjukkan petanda yang amat membimbangkan. Perkara ini berlaku akibat ketidakseimbang ekologi pembangunan yang dilakukan di Jakarta.

Perkara ini terjadi selepas mendapati sudah ada beberapa tanah Di Jakarta sudah ditenggelami air laut. Jakarta hanya memiliki wilayah terbuka hijau 9.6 peratus daripada 661,53 kilometer persegi Jakarta.

Banjir besar juga dijangka akan berlaku di Jakarta yang mengakibatkan ribuan rumah dan bangunan ditenggelami banjir.

Fakta geografi yang tidak seimbang mungkin telah mempengaruhi turunnya tanah Jakarta ke dalam perut Bumi. Apa yang difikirkan sekarang ini, adakah jalan dan plan untuk menghindarkan perkara ini berlaku? Adakah perlu fikirkan cara pembangunan dan kesesuaian ekologi di bumi Jakarta perlu diubah suai?.

Walaubagaimanapun ia adalah ketentuan Allah S.W.T. Jika Allah mahukan ia terjadi maka jadilah ia.

Sentiasalah kita memperingati Allah dan bertakwa kepadanya.
Sungguh, Allah maha Berkuasa atas segala sesuatu.

No comments:

Post a Comment