Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 18 September 2013

Tun Mahathir Dirisik Berlakon Filem?



Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dijangka bakal membuat penampilan cameo dalam sebuah filem patriotik berjudul 'Kapsul' arahan Martias Mohd Ali.

Usaha mendapatkan Tun M masih dalam perbincangan antara pihak penerbit iaitu Two Tones Sdn. Bhd. bersama beliau. 

Filem yang dijangka menjalani penggambaran pada Disember nanti mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020.

Lebih menarik, Faizal Hussien sudah mengesahkan akan membintangi watak utama filem ini termasuk Shaharuddin Thamby dan penampilan khas, jutawan internet, Irfan Khairi.-mh

No comments:

Post a Comment