Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday, 21 September 2013

Kemungkinan Rashid Akan Dikenakan Tindakan?!

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas jurulatih perseorangan badminton negara, Rashid Sidek, yang dilaporkan menandatangani kontrak setahun bersama pihak Liga Badminton India (IBL), Delhi Smashers.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, bagaimanapun berkata badan badminton kebangsaan berkenaan terlebih dahulu perlu mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan dengan kelab berpusat di New Delhi itu.

Sebuah akhbar di India memuatkan laporan yang menyebut bahawa Rashid, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996, menandatangani kontrak setahun dengan kelab IBL untuk melatih pemainnya.

"Beliau (Rashid) mempunyai kontrak dua tahun dengan kami yang merangkumi tempoh Januari 2013 hingga Disember 2014. - Bernama


No comments:

Post a Comment