Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday 26 September 2013

Penguatkuasa KPDNKK diugut sekumpulan Gangster Cina Menggunakan Pedang Samurai!!

Sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), diugut sekumpulan lelaki bersenjata tajam ketika membuat operasi membanteras cetak rompak di Cheras semalam.

Tujuh lelaki berusia antara 16 dan 46 tahun itu mengacukan pisau, parang samurai, pedang, besi dan rotan terhadap 13 pegawai KPDNKK berkenaan, mengarahkan mereka supaya melepaskan enam suspek yang ditahan oleh pasukan penguat kuasa itu.

Ketua Pasukan Petugas Khas Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya,

Fahmi Kasim berkata ketika itu pasukan penguat kuasa berkenaan menyerbu sebuah premis di Taman Mahkota Cheras yang dipercayai menjalankan perniagaan video cakera padat cetak rompak.

"Seorang daripada mereka menuntut kami supaya menyerahkan enam suspek yang ditahan di dalam rumah itu. Kami akur, tetapi polis peronda sempat membantu dan memberkas dua orang daripada mereka bersama dua lagi yang ditahan pasukan penguat kuasa ketika cuba melarikan diri," katanya.

Mereka ditangkap apabila sebuah daripada tiga kenderaan yang mereka dinaiki terlanggar kereta orang awam dan kenderaan milik KPDNKK.

Baki yang lain terlepas dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Long, katanya.

Fahmi berkata premis yang diserbu disyaki dijadikan stor menyimpan dan membungkus VCD cetak rompak untuk dijual sekitar kawasan Semenyih dan Kajang.

Pasukan penguat kuasa itu merampas sebanyak 6,048 keping VCD cetak rompak, 868 keping VCD filem terbaharu termasuk Adnan Sempit, KL Zombie dan Iron Man3, bernilai kira-kira RM70,000, katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan insiden itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment