Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday 2 October 2013

Dadah Baru Berbahaya!!! Meransang Penagih Menjadi Seperti Zombi?!


Polis Kelantan kini mengumpul maklumat dalam usaha menyekat kemasukan dadah baru dikenali 'garam mandi' (bath salts) ke negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dadah sintetik itu paling berbahaya di Amerika Syarikat dan Eropah kerana boleh merangsang penagih menjadi seperti zombi. 

“Kedudukan Kelantan bersempadan dengan Thailand, mendedahkan negeri ini kepada kemasukan bahan itu. 

“Pasukan keselamatan di sempadan termasuk polis, Unit Pencegahan Penyeludupan serta Kastam Diraja Malaysia perlu pertingkatkan pengawasan,” katanya selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dan melancarkan Kelab Pencegahan Jenayah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, di sini, semalam.

Turut hadir Naib Canselor UMK, Datuk Prof Dr Raduan Che Rose; Pengarah Kampus UMK Jeli, Prof Dr Ibrahim Che Omar dan Ketua Polis Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar.


Makan manusia

Jalaluddin berkata, polis bimbang jika dadah itu dibawa masuk kerana ia boleh merangsang seseorang bertindak ganas sehingga tergamak makan manusia. 
Sementara itu, polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Johor Bahru menerusi dua serbuan berasingan dengan rampasan dadah seberat 7.3 kilogram bernilai hampir RM300,000.

Dalam serbuan pertama di Taman Iskandar pada jam 12.15 tengah malam 20 September lalu, seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai suspek pengedaran dadah.

“Serbuan terhadap sebuah rumah di Taman Perling pula Sabtu lalu, polis menahan lelaki berusia 27 tahun bersama 4.2 kilogram heroin bernilai RM200,000 serta merampas sebuah kereta bernilai RM20,000,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui dadah disyaki syabu seberat 0.03 kilogram bernilai RM7,195; 13 biji pil erimin (RM650) dan ketamin seberat 3 kilogram berjumlah RM54,396.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan itu polis turut merampas sepucuk pistol semi auto jenis Beretta bersama 17 butir peluru 9 milimeter, selain dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan seutas jam tangan Rolex bernilai RM30,000. 

"Dalam serbuan terhadap sebuah rumah di Taman Perling, jam 11.30 malam Sabtu lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bersama heroin seberat 4.2 kilogram bernilai RM200,000 seberat 4.2 kilogram serta merampas sebuah kereta bernilai RM20,000,” katanya. 

No comments:

Post a Comment