Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 2 October 2013

Bung Mokhtar Akui Terpaksa Bawa Pistol?!


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bawa pistol untuk tujuan keselamatan dan perlindungan diri berikutan peningkatan kadar jenayah, kebelakangan ini.

Beliau mendedahkannya ketika sesi perbahasan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dalam sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

"Ketika Ordinan Darurat masih ada, saya tidak rasa takut. Namun, kini jenayah bunuh semakin meningkat sejak undang-undang tersebut dihapus.

"Saya terpaksa bawa pistol walaupun agak berat. Daripada saya mati ditembak, lebih baik saya mati ketika bertembak," katanya.

Menurutnya, rakyat berasa selamat sekiranya pindaan Akta Pencegahan Jenayah dilaksanakan, sekaligus menyokong undang-undang yang membantu polis tangani jenayah terancang.- Sinar

No comments:

Post a Comment