Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 18 October 2013

Peluang Semua Calon Naib Presiden Seimbang - Ali Rustam!!


Calon Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yakin kesemua enam calon bagi jawatan itu mempunyai peluang yang seimbang untuk meraih undi daripada perwakilan pada pemilihan parti, Sabtu ini.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata sepanjang tempoh berkempen, beliau melihat sambutan daripada para perwakilan di setiap negeri yang dikunjungi adalah baik.

"Saya tengok peluang sama sahaja untuk semua calon. Saya harap mereka akan nilai saya berdasarkan perkhidmatan yang telah saya berikan kepada parti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pembiayaan perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini Khamis.

Beliau berkata selama 13 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, pengalamannya membangun dan memajukan negeri itu mampu disumbangkan pula untuk peringkat nasional selain bagi menguatkan parti.

Mohd Ali, 64, yang juga Pengerusi PUNB, berkata beliau juga mahu menggunakan pengalamannya dalam parti untuk bertemu rakyat di peringkat akar umbi dengan merapatkan hubungan mereka dengan pucuk pimpinan.

Mengenai pendapat beberapa pihak bahawa jawatan Naib Presiden wajar diberikan kepada mereka yang lebih muda, Mohd Ali berkata ramai golongan muda bertanding jawatan Majlis Tertinggi, menyebabkan beliau mengambil keputusan bertanding jawatan Naib Presiden.

"Nak tanding jawatan itu rasa sudah tidak sesuai. Jadi dengan umur saya sekarang saya rasa sesuai untuk bertanding jawatan Naib Presiden," katanya.

Selain Mohd Ali, lima lagi calon Naib Presiden iaitu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment