Ini lah kreativiti Louise Low Seok Low seorang pengiat seni menyampai kan hasil karya seni nya berjudul " Fatal Attaraction atau Tarikan Maut.
Lebih unik lagi, menerusi hasil seni kontemporari dan kreativitinya, Louise menggunakan kira-kira 300 coli terpakai bagi membentuk jerung yang disifatkan ganas itu. Melalui coli yang dikumpul itulah beliau melengkapkan dan mencurahkan kreativitinya.
Louise adalah antara 20 pelukis yang mempamerkan 20 karya seni lukis kontemporari tulen pada Pameran Young Malaysian Artists: New Objection 11 (YMA 11), di Galeri Petronas KLCC, di ibu negara, baru-baru ini.
Karya kreatif yang unik dan lain dari lain itu, menjadi antara daya tarikan utama pameran terulung itu. Sepanjang pameran berlangsung, hasil seni yang dibentuk dalam rangka besi jerung, tergantung pada salah satu sudut pameran.
Coli terpakai yang dikumpul dari dalam dan luar negara itu dan dijadikan medium utama untuk menterjemahkan idea Loiuse, ternyata memahat perhatian pengunjung untuk menatap hasil seni yang unik itu.
No comments:
Post a Comment