Calon Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga Pengerusi Felda,
menjelaskan bahawa meremajakan parti bukan bermaksud memastikan hanya golongan muda yang harus diberi mandat untuk memimpin tetapi lebih kepada memastikan golongan itu mudah diterima masuk dalam UMNO.
Katanya, walaupun golongan muda dianggap penting kerana mereka pelapis parti, hakikatnya masih ramai veteran yang bukan sahaja setia kepada UMNO malah masih layak mengundi kepimpinan parti itu.
"Bila ramai orang muda, (itu bererti) kita tidak akan ketandusan pelapis... kerana itu, dalam UMNO dari dahulu memang kita tak ketandusan pemimpin. Proses melatih kepimpinan UMNO bermula daripada sayap Pemuda.
Isa berkata, memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin bukanlah sesuatu yang baharu dalam UMNO kerana beliau sendiri menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun.
Mohd. Isa pula berpendapat, beliau patut dipilih kerana mahu membantu memupuk keseimbangan antara golongan muda dan veteran dalam kepimpinan UMNO untuk memastikan parti lebih bersifat progresif dan berdaya saing.
Bagaimanapun, isa bersetuju bahawa dalam persaingan merebut tiga slot Naib Presiden, ia harus dilaksanakan secara sihat dan demokratik.
No comments:
Post a Comment