Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Sunday, 6 October 2013

Datuk Chang Ko Youn Lepaskan Jawatan Pengerusi Gerakan Negeri!!


Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn hari ini membuat keputusan melepaskan jawatannya setelah mengetuai parti itu selama 8 tahun.

Chang yang juga Pemangku Presiden Gerakan menyatakan hasrat itu setelah yakin dengan kebolehan lapisan pemimpin baru untuk memimpin parti itu di peringkat negeri.

Katanya keputusannya untuk tidak melepaskan jawatan itu bukan bermaksud meninggalkan parti itu, tetapi memberi peluang kepada calon yang akan bertanding untuk menjadi pemimpin.

Katanya, walaupun Parti Gerakan menerima keputusan mengecewakan semasa PRU13 lepas, beliau mendapati ramai ahli masih setia dan ada yang ‘kembali’ percaya dengan perjuangan parti itu.

“Saya tetap dan akan terus bersama serta setia pada Gerakan hingga ke akhir. Namun saya rasa sudah lama berada di atas dan berada dalam bidang ini selama lebih 26 tahun, walaupun selepas ini saya akan duduk di bawah, semangat perjuangan saya tetap akan saya berikan kepada pimpinan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merasmikan mesyuarat perwakilan Gerakan di Ipoh, hari ini.

Sebelum itu ketika berucap, Chang sebak apabila mengumunkan keputusannya melepaskan jawatan.

Beliau turut memohon kemaafan kepada 500 ahli perwakilan Gerakan yang hadir serta masyarakat amnya di atas kesilapan yang mungkin dilakukan semenjak memegang jawatan sebagai Pengerusi Negeri sepanjang tempoh lapan tahun.

“Saya berada di atas sejak 26 tahun lalu bermula sebagai Ketua Pemuda Gerakan, naib Pengerusi Negeri dan diikuti sebagai Pengerusi Negeri selama 8 tahun.

“Sudah tiba masanya saya turun dan memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru untuk memimpin parti ini supaya ia dapat terus berbakti kepada rakyat dan seterusnya mempersiapkan ahli menghadapi PRU ke-14,” katanya.

No comments:

Post a Comment