Seorang akauntan wanita dari los angeles telah didapati memasukkan sejumlah wang peruntukan makan tengah hari untuk sekolah ke dalam colinya.
Judith Oakes, 48, menggelapkan wang AS$3 juta (RM9.56 juta) untuk dana makan tengah hari bagi sekolah di daerah itu dirakam kamera litar tertutup CCTV.
Perbuatanya itu terbongkar selepas pengurus jabatan berkenaan menyedari Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan dan terus menhubungi polis.
Hasil siasatan yang dijalankan ke rumahnya menemui sejumlah wang tunai ribuan dolar dan mengesyaki Judith sudah menggelapkan wang sejak tujuh tahun lalu.
Judith didakwa Selasa lalu atas jenayah menggelapkan wang, menurut Inland Valley Daily Bulletin.
Akhbar berkenaan melaporkan Judith hidup dengan mewah. Dia dan mendiang suaminya Jack Oakes memiliki kenderaan mewah, jet ski dan kenderaan padang pasir. Suami wanita terbabit mati pada 2010.- Bernama
No comments:
Post a Comment