Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday, 3 October 2013

Pesalah Khalwat Ugut Bunuh Hakim?!


Seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, menerima ugutan bunuh oleh seorang pesalah khalwat yang dipercayai tidak berpuas hati selepas didenda, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, suspek berusia 28 tahun itu dipercayai menghambur kata-kata hinaan serta ugutan di hadapan seorang petugas wanita ketika membayar denda di kaunter bayaran untuk kesalahan jenayah syariah di mahkamah berkenaan. 

Sumber memberitahu, antara ayat sindiran dan ugutan yang didengari wanita berkenaan adalah: “Hakim macam gampang.. kalau aku jumpa di luar aku tembak” (ditujukan pada mangsa). 

“Ketika kejadian itu, hakim berkenaan berada di ruang rehat bilik hakim di tingkat 3 Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. 

“Seorang petugas wanita di kaunter mendengar suspek mengeluarkan kata-kata hinaan dan ugutan bunuh yang ditujukan pada hakim sebelum memaklumkan perkara itu pada hakim berkenaan,” katanya. 

Difahamkan, sejurus mengetahui perkara itu, hakim berusia 38 tahun itu bersama petugas kaunter berkenaan membuat laporan polis. 

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang dihubungi  malam tadi, mengesahkan menerima dua laporan polis mengenai perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.-BH

No comments:

Post a Comment