Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Saturday 5 October 2013

Hina Jalur Gemilang : Ngo Selangor Buat Laporan Polis!!


Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Selangor hari ini membuat laporan polis ekoran penghinaan yang dilakukan Raymond Koo terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebook.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis perlu mengambil tindakan tegas terhadap Raymond yang juga didapati menghina Jalur Gemilang.

"Saya menyeru pihak polis dan KDN mengambil tindakan tegas dan menghukum mereka.

"Kami NGO memandang serius perkara ini kerana jikalau tidak dibanteras ia akan merebak kemana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini, hari ini.

Antara NGO yang turut hadir sama pada sesi tersebut, Pertubuhan Gerakan Bersatu 69, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM), Majlis Ayahanda Persahabatan Malaysia (SAHABAT), dan Persatuan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara.

Sementara itu, Khairul Husni yang mewakili SAHABAT menegaskan, Raymond yang juga merupakan warganegara tidak boleh memperlekehkan jalur Gemilang ekoran tindakan tersebut menjatuhkan martabat negara.

"Saya meminta kepada pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang setegas-tegasnya, jikalau boleh melucutkan kerakyatan (Raymond) kerana beliau tidak menghargai dan memperburukkan sendiri kerajaan Malaysia dan Jalur Gemilang," ujarnya..

Raymond Koo telah memuat naik gambar kedalam laman sosial facebook miliknya dengan mengenakan baju dalam Bendera Malaysia baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment