Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 18 October 2013

Buku Senarai Calon MT Palsu Dikesan Di Perak!!


Ibu Pejabat UMNO Malaysia hari ini menerima laporan bahawa wujudnya buku senarai calon Majlis Tertingi (MT) palsu yang diedarkan di bahagian-bahagian negeri Perak yang bertujuan untuk mengelirukan perwakilan dalam proses pengundian untuk MT esok.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Rauf Ab Yusuh, ibu pejabat telah mengesan buku-buku senarai palsu yang diletakkan di pejabat bahagian Tambun, yang didapati di dalamnya telah menukarkan nombor-nombor calon yang bertanding.

“Buku senarai calon tersebut didapati telah memalsukan nombor-nombor calon di peringkat MT di dalam buku ini, bermula dari calon no 11, iaitu Datuk Musa Syeikh Fadzil sehinggalah calon yang ke 63, di mana nombor calonnya tidak sama seperti yang ada di dalam buku sebenar yang dikeluarkan oleh ibu pejabat.

“Oleh itu, saya memohon kepada semua perwakilan esok, diminta supaya meneliti buku yang diedarkan dan hanya buku yang diedarkan oleh ibu pejabat saja yang mempunyai maklumat nombor calon yang sebenar. 

Saya minta perwakilan agar mengabaikan buku palsu tersebut sekiranya mereka menerima buku itu esok hari,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian di hadapan pemberita dalam satu sidang akhbar bertempat di Tingkat 38, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini ibu pejabat hanya menerima laporan dan maklumat tentang kewujudan buku palsu tersebut di sekitar bahagian di negeri Perak sahaja.

“Maklumat di dalam buku tersebut saya lihat mengambil petikan daripada media-media cetak arus perdana. Ibu Pejabat juga akan membuat laporan polis berhubung kewujudan buku senarai palsu calon-calon itu dalam masa yang terdekat.

“Saya juga meminta agar media arus perdana membantu menyebarkan berita ini tentang kewujudan buku senarai calon palsu ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh berlaku pada hari pengundian pada esok hari,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment