Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Thursday, 17 October 2013

Rakyat Malaysia Antara Yang Maut : Pesawat Terhempas Ke Dalam Sungai Mekong!!


Rakyat Malaysia dipercayai antara penumpang yang berada di dalam pesawat Lao Airlines yang terhempas ke dalam Sungai Mekong semalam.

Laporan awal menyebut, semua 49 orang di dalam pesawat dikhuatiri terbunuh, termasuk penumpang dari 11 negara. 

Kementerian Kerja Awam dan Pengangkutan Laos berkata, 44 penumpang dan lima anak kapal berada dalam pesawat QV301 yang dalam penerbangan dari ibu negara Laos, Vientiane ke to Pakse di selatan negara itu. 

“Ketika bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Pakse, pesawat berkenaan menempuh cuara buruk dan dilaporkan terhempas di Sungai Mekong," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pesawat jenis ATR 72-600 dengan enjin berkembar turboprop itu terbang dalam laluan sejauh 467 kilometer.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Sek Wannamethee, berkata Kedutaan Thai di Vientiane sudah dimaklumkan mengenai nahas pesawat berkenaan di lokasi antara 7 hingga 8 kilometer dari lapangan terbang Pakse. 

Senarai penumpang yang dikeluarkan syarikat penerbangan kerajaan itu hari ini mengandungi 44 orang iaitu 17 warga Laos, Perancis (7), Australia (5), Thai (5) Korea (3), Vietnam (2) dan masing-masing seorang warga Kanada, China, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS). - AP

No comments:

Post a Comment