Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Wednesday, 1 May 2013

Panas!!!Video Anwar Dihalau Kariah Di Masjid Teluk Bahang!!


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutu politiknya, Penasihat DAP Lim Kit Siang menerima nasib sama selepas 'tidak diterima' penduduk setempat ketika berkempen di Pulau Pinang dan Johor semalam.

Anwar diminta meninggalkan Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang setelah selesai menunaikan solat maghrib ketika cuba memberi tazkirah politik di masjid itu.
Beberapa ahli jawatankuasa yang tidak selesa dengan tindakan Anwar itu kemudiannya meminta beliau meninggalkan masjid tersebut.

Dalam kejadian yang menimpa Anwar kira-kira pukul 7.40 malam pula, kehadiran beliau dari awal lagi tidak mendapat keizinan ahli jawatankuasa masjid berkenaan selain dibantah penduduk.

Walau bagaimanapun, selepas tindakan Anwar itu ditegur, pengawal peribadinya bertindak seperti samseng dengan memarahi penduduk dan memasuki masjid tanpa membuka kasut.

Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Negeri, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, sebelum kejadian itu, beliau menerima panggilan daripada Setiausaha Kariah Masjid berkenaan, Adzhar Ahmad yang meminta bantuannya menasihati Anwar supaya beredar dari masjid tersebut.

"Saya bertemu Anwar dan bercakap secara baik dengan beliau tetapi tidak diendahkan. Itu yang menyebabkan penduduk berang.

"Dalam saya cuba menasihati Anwar supaya beredar kerana risau perkara tidak diingin berlaku, saya terdengar kekecohan di luar masjid dan mendapati pengawal peribadi Anwar dengan tidak beradab bergaduh dengan penduduk," katanya.


No comments:

Post a Comment