Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berikrar akan terus membuat pendedahan berkaitan parti itu walaupun menerima ugutan agar menutup mulutnya atau terpaksa menghadapi tindakan undang-undang.
Menurut Tunku Aziz, beliau sedia disaman pada bila-bila masa walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memberi amaran kepada beliau supaya tidak lagi menceritakan rahsia dalaman parti kepada umum.
"Siapa Karpal untuk mengarahkan saya tunduk kepada kemahuan beliau? Saya tidak sekali pun gerun dengan amaran ini, saman saya dengan segera pada bila-bila masa, saya tidak takut dengan ugutan kebudak-budakan seperti ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment