Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Friday 10 May 2013

Azizan Masih Belum Sedarkan Diri Sejak Selesai Jalani Pembedahan!!


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu pada pukul 11.30 malam tadi.

"Sehingga pukul 5 petang ini, beliau kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) masih tidak sedarkan diri dan ahli keluarganya masih berbincang bila beliau akan dibawa pulang untuk menyambung rawatan di Kedah," katanya di sini hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya Pas Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Turut menziarahi beliau Pengerusi Barisan Nasioanal Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri Kedah akan membantu Azizan membiayai kos perubatannya sepanjang tempoh rawatan beliau.

"Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan kepada seorang wakil rakyat dan saya meminta semua surau dan masjid di Kedah mengadakan majlis bacaan doa selamat agar beliau cepat sembuh," katanya. - Bernama

1 comment:

  1. ..My mom also in ICU for a weeks after she had a major operation due to Assofagus Cancer...Alhamdullilah she's survive and we just celebrate her 78 birthday recently...

    ReplyDelete