Alert:

PERHATIAN:Artikel yang disiarkan disini merupakan pandangan peribadi penulis! Tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana artikel atau laporan yang di salin dari sumber lain

Followers

Monday 27 May 2013

Setiausaha PKR Johor Didakwa Di Mahkamah Anjur Perhimpunan Haram!!

Setiausaha Kerja Parti Keadilan Rakyat(PKR) Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung penganjuran Himpunan Black 505 di sini pada pertengahan bulan ini.

R.Yuneswaran, 27, sebagai penganjur didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan sepuluh hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat PKR di Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini pada kira-kira 8.30 malam, 15 Mei lepas mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Jimmy Puah dan Hassan Abdul Karim memaklumkan ikat jamin tidak wajar dikenakan kerana tertuduh orang tempatan, memiliki rekod bersih dan memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan kes.

Hakim Muhammad Jamil Hussin kemudian memutuskan Yuneswaran tidak perlu membayar ikat jamin dan menetapkan 10 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

1 comment:

  1. ASSALAM, MACAM NI LA BARU BETUL MENTERI KDN, TEGAS DAN CAKAP SERUPA BIKIN.

    ReplyDelete